LABU SAYONG KUALA KANGSAR
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.
CARA MEMBUAT :
Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
- Pembuatan tradisional
- Pembuatan moden
- Throwing / Teknik lemparan alin
- Teknik acuan
- Teknik sepuh
Proses membuat labu sayong dilakukan secara berperingkat.
Ia bermula dengan penyediaan tanah. Tanah itu kemudian ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketulan batu yang ada.
Menariknya proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara.
Tanah itu kemudian dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.
Proses membentuk pula sangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik ini yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.
Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering.
Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.
Perusahaan labu sayong tertumpu di Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang RengasKEGUNAAN :
Masyarakat Melayu telah menggunakan labu sebagai bekas untuk menyimpan air dan juga barangan lain sejak dari dahulukala lagi. Air yang disimpan di dalam labu akan menyejuksecara semulajadi dan enak untuk diminum.
Adalah dipercayai kandungan mineral yang unik didalam tanah liat yang digunakan untuk membuat labu, menjadikan air yang disimpan di dalam labu mempunyai khasiat untuk melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam.
https://bukudiariaidashari.blogspot.com/